Saturday, December 25, 2010

Aku dan Hijrah

Teman-teman, ternyata ada karya bagus nih dari seorang ikhwan M2F Malaysia ( Akh Arisman Wenge ). Silakan dibaca dan ditunggu komentarnya.

Tajuk : Aku dan Hijrah


Aku terlindung dalam busana prasangka
yang dahulunya kaya rimbunan permata
aku tersadai di tepi dusta nista
suatu ketika ianya pernah berbaur cinta
pernah aku menuding jari pada nama bergelar harta
sering aku mengenggam maruah yang kaya himpunan rasuah
bahkan gahnya aku egoisnya aku di kandang fana
sehingga aku tidak mengenal siapa aku sebenarnya
bukan aku berbicara jika tiada pangkalnya
bukan aku sengaja berkata jika tiada maksudnya
tapi aku menyulam bahasa kerana ku tahu ada manfaatnya

Dini ini aku mengerti
jangan pernah ditiup prasangka membara
jangan fitnah itu ditatang diluncurkan
bukan maruah mahu digadaikan
bukan harta diganti galang
bukan dunia Mu aku jadikan bidak umpanan
sari amalan ku memapah sikap ku

Kini aku hijrah
saat ini aku berpindah
detik ini aku berubah
dari hitam semalam aku gariskan sesalan
dari putih kelmarin aku lukiskan teladan
aku mula merimbun kemesraan
bermangkin hati menjana matang kemuliaan
menyubur minda islami memupuk sikap ukhwahwi
gigih mencantas akar kemalasan
menganjak paradigma menukang perubahan
menyisihkan yang lapuk mengukuhkan ketabahan
Berjihad aku menyiram kalbu yang gersang

Aku tidak lagi keseorangan
aku ditemankan bidang ilmuwan
bersama berpegang masa depan memagar watan
lestarikan ukhwah bertangkalkan keimanan
hijrah ku mula membuahkan warna
hijrah ku sudah berputik daunnya
tinggal aku menanti hijrah ku membentuk satu pokok yang sergam pacaknya
biar tidak akan pernah kehausan
mana mungkin tumbang gara tentangan
hingga akarnya terbenam utuh
biarkan pucuknya memanjat puncaknya
itulah hijrah yang aku genggam




Nukilan: Arisman Wenge, Batch 2008, Malaysia.

3 comments:

  1. Subhanallah...
    eventhough don't know exactly d meaning, but sure it's made with heart

    intix, Let's back to Allah

    Luruskan niat, sucikan hati, pererat ukhuwah
    Allahuakbar!!!

    Tetap berkreasi!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    I am Sharif Azmi, a friend of Arisman Wenge, but we have lost contact for about 3 years since he studying at Indonesia, could you tell him that i am looking for him..??

    Just told him that i am looking for him, just mention me as a friend from BAKTI Sabah.. and he will remember me.. Can u asked him to contact my email, shazmiey.abdurahman@yahoo.com..

    Semoga anda sentiasa diberkati Allah, InsyaAllah..


    Salam..

    ReplyDelete
  3. Insya Allah nanti ana beritahukan akh Arisman

    ReplyDelete

Jangan Lupa Komen Ya...